KUALA LUMPUR: “Saya cakap terus-terang, ini memang betul-betul membangkitkan kemarahan penduduk di sini,” kata Abbey Arasoule.
“Saya dah duduk dalam dua tahun tapi saya dah hadapi empat ke lima kali masalah ‘low pressure’ air ni,” kata Muhammad Fariz Adli.
Demikian antara luahan penduduk sebuah kondominium di Batu Muda, Sentul yang mengalami masalah ketiadaan air sejak dua hari lepas.
Kadang-kala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.
Paling terkesan adalah mereka yang tinggal di tingkat paling atas, tingkat 40 hingga tingkat 44 malah dakwa mereka, masalah itu berlaku selama dua minggu pada Ramadan yang lepas.
Penduduk akui sudah penat, sudah banyak kali aduan dibuat namun dakwa mereka, tindakan masih tidak kunjung tiba.
Bagi penduduk, James Kumar, dia faham sekiranya berlaku masalah air namun dia berharap mereka diberikan notis awal supaya boleh bersedia.
Jika langsung tiada notis, James yang turut menjaga ibunya terpaksa menyewa hotel bajet di kawasan berhampiran untuk mandi dan urusan lain.
“Kalau nak berhenti air, bagilah notis sekurangnya dua jam sebelum, tiga jam ke. Beri notis, beritahu bila boleh siap. Kalau enam jam, okey, kita boleh keluar cari tempat mandi ke apa, kita boleh pergi.
“Ini masalahnya, mereka tak beritahu, apa benda pun tak beritahu. Bila boleh siap, apa masalah, semua pun tak diberitahu. Memang banyak masalah, bang… bangunan ini memang banyak masalah,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Fariz yang tinggal di tingkat 44 memberitahu dia sentiasa menyediakan bekas air, langkah berjaga-jaga, bimbang jika tiba-tiba tiada air.
Jelasnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sampai dua tahun menetap di situ, sudah empat kali dia berdepan masalah air.
“Besen itu memang wajiblah untuk orang tingkat atas sebab kita tak tahu bila dia datang kalau tiba2 dia datang, memang menggelabah.
“Lebih baik sediakan besen awal-awal, kalau apa-apa jadi, sempatlah nak kumpul air itu,” ujarnya.
Luahan hampir sama turut dikongsi penduduk lain dan kini mereka berharap Badan Pengurusan Bersama (JMB) segera diwujudkan kerana bukan masalah air sahaja dihadapi mereka, ada juga beberapa isu lain.
“Apa yang kita terima di sini itu macam jauh di luar jangkaan kita, kita pun tak sangka. Baik kita duduk rumah flat di sebelah ini yang tiada masalah daripada duduk sebelah ini.
“Nampak macam banggalah duduk kondo kan tapi apa yang penduduk rasa bila duduk di sini adalah tidak setimpal dengan apa yang dibayar.
“Saya bersyukur kerana pejabat dekat. Kalau ada masalah air dan masalah lain boleh pergi pejabat tapi kalau penduduk lain yang berkeluarga itu menjadi isu yang besar,” kata seorang lagi penduduk, Shahrizal Selamat.
Abbey pula berkata: “Memang teruklah sekarang ini sebab kami pun sampai dua hari tiada air. Pukul 3 pagi tadi baru dapat air, baru keadaan air normal, tak besar macam biasa, okey sikitlah sekarang.
“Memang bermasalah, sekali hari tu pam bunyi kuat, rumah kami tingkat atas, rumah kami rasa bergegar. Dia bunyi boom, boom, rasa bergegar. Jadi kami ini duduk di atas, tingkat 40 dan ke atas jadi kami rasa,” katanya.
“Daripada segi lif, lif lambat, teruk dan keadaan dalam lif itu, panas, dengan tidak teratur. Kalau saya, saya malu kerana keadaannya lebih teruk daripada rumah PPR.
“Saya rasa Projek Perumahan Rakyat (PPR) itu lebih elok daripada rumah yang dikatakan cantik, ada kolam renang, ada kondo cantik.
“Saya harap, pada pandangan saya, saya bayar RM205 yuran penyelenggaraan, saya dapat balik nilainya seperti mana yang sepatutnya saya dapat. Saya mohon sebegitu,” kata wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben.
Astro Awani
Mon May 16 2022
Penduduk akui sudah penat, sudah banyak kali aduan dibuat namun dakwa mereka, tindakan masih tidak kunjung tiba.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.
Masalah air: Kelantan minta RM8 bilion, Sabah mahu bantuan siapkan empangan - PM Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan meminta dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
Sudah tiba masa guna sumber alternatif atasi masalah air - Nor Hisham
Nor Hisham menyarankan agar takungan air tepi sungai seperti yang dilakukan di Selangor wajar juga diterokai.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.